Kunjungan Hormat ke Pejabat Mufti Wilayah 2025
Jazakumullahukhairan kathira diucapkan kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil dan juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Ahli Majlis Syura GASMA yang dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin dan juga barisan kepimpinan GASMA di pejabat rasmi mereka di Putrajaya.
Pihak GASMA sangat teruja dan berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan disamping idea dan rancangan SS Mufti dalam menambahbaik hal ehwal masyarakat terutamanya melibatkan kalangan umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memudahkan semua urusan SS Mufti agar dapat meninggikan lagi martabat Islam di Malaysia.
Pihak GASMA bersedia menghulurkan kerjasama dan menerima nasihat yang baik ke arah membangunkan perpaduan umat Islam terutamanya di Malaysia.
Bi iznillah ta ala.