arrow_back Kembali ke Sorotan

Program Agihan Bubur Lambok 2026

Alhamdulillah, hari ini, 10 Ramadhan 1447H bersamaan 28 Februari 2026, telah berjalan seperti yang dirancang Program Agihan Bubur Lambok anjuran Sekretariat Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) Negeri Melaka dengan kerjasama Madrasah Murabbitin, Simpang Ampat, Alor Gajah.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif menyemarakkan bulan Ramadhan Al-Mubarak melalui aktiviti kebajikan dan ukhuwah sesama masyarakat. Bubur lambok telah diagihkan kepada penduduk kampung setempat serta para pengunjung dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan sekitar sebagai tanda keprihatinan dan perkongsian rezeki.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan silaturrahim serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Sekalung penghargaan dan Jazakumullahukhairan kathira serta terima kasih diucapkan kepada semua individu, sukarelawan serta NGO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala sumbangan tenaga, masa dan harta diberi ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Barakallahufeekum