Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf 2025
Tanggal 16 Ramadhan 1446 bersamaan 17 Mac 2025, GASMA dengan kerjasama Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi telah menganjurkan Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim & Asnaf dan dijemput juga beberapa institusi pendidikan disekitar kawasan Lembah Klang. Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan baik dan sempurna serta dihadiri oleh beberapa asatizah dan barisan kepimpinan GASMA melalui Ahli Majlis Syura dan Jawatankuasa Eksekutif GASMA. Jazakumullahukhairan kathira diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya Mudir Baitul Ehsan Al-Khairi, Ustaz Aizat Omar, Pengerusi Majlis Syura GASMA, Ustaz Dr. Abdullah Yasin , Presiden GASMA, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Yang Berbahagia Prof Tan Sri Dato' Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid di atas sumbangan dan sokongan bagi menjayakan lagi program ini. Barakallahufeekum