arrow_back Kembali ke Sorotan

Program Hari Keluarga “Kita Bersaudara” 2026

Alhamdulillah 
Program Hari Keluarga “Kita Bersaudara” anjuran Jawatankuasa Eksekutif GASMA dengan kerjasama Sekretariat GASMA Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Januari 2026 bersamaan 5 Sya‘ban 1447H bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Program ini telah menghimpunkan hampir 20 buah NGO dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, serta turut disertai sahabat-sahabat GASMA dari Kuala Lumpur dan Selangor, sekali gus mencerminkan semangat ukhuwah dan kebersamaan yang kukuh dalam kalangan jemaah.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Syura GASMA, Ustaz Dr. Abdullah Yasin, Setiausaha Eksekutif Syura, Ustaz Dr. Ismail Omar, serta Ahli Majlis Syura GASMA, Ustaz Zainal Abidin Malim. Turut hadir ialah Presiden GASMA, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, Timbalan Presiden, Ustaz Syafiq Mubarak, serta barisan Jawatankuasa Eksekutif GASMA.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya pertandingan mewarna untuk anak-anak, kuiz yang dikendalikan oleh Ahli Majlis Syura GASMA, serta penyampaian Anugerah Tokoh Sunnah bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor kepada tokoh-tokoh yang berjasa di dalam dakwah sunnah melalui wakil dan ahli keluarga masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sekretariat GASMA Melaka yang diketuai oleh Ustaz Najib Khasim, seluruh AJK, serta individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk mereka yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan harta demi menjayakan program ini.

Akhir kata, GASMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Jazakumullahu khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Ahli-ahli Majlis Syura GASMA, atas sokongan, bimbingan dan komitmen yang diberikan.

“Kita Bersaudara” — ukhuwah dipelihara, sunnah dimartabatkan.

Barakallahufeekum